welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Saturday, March 14, 2009

tolong.....

"Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang MahaEsa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang MahaKuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana sopan santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasancinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dancita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungandengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjagaoleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…"

thank 4 sutera kasih...

kembali ke desa ayahbonda

ku lihat di kampung.. 

yang ada hanya dusun tua.. 

yang telah lama 
merajuk tidak berbuah 
barangkali rindu tuannya.. 

kembali ke kampung 
umpama menggamit 
kenangan yang tidak pernah akan aku lupakan 
hari2 mendatang seakan menyuburkan 
kenangan yang sudah menjadi peristiwa semalam 
walau lama .. 
masa membatasi tahun... 
namun titik air mata tetap segar.. 
terasa semalam cuma 
dekat nya masa.. 
hanya kita yang mengalaminya... 

dalam doa kutitip kasih sejati 
walau jauh dibatasi bumi 
ku hulur doa kasih suci 
untuk mu menghuni alam abadi 
sebagai teman untuk mu menempuhi nya ... 
dengan doa dan kalimah dari sini 
ku hadiah kan kepada kalian 
tiap-tiap doaku takkan melupakanmu... 

walau di dunia ini aku terkilan untuk 
membalas jasa-jasa mu dengan cinta yang padu... 
terima lah hadiah doa cinta ku... 
ampunilah semua dosa yang terselit dalam tiap urat nadiku... 

bonda dan ayahandaku 
kau tetap segalanya... 
mekar senyuman.... 
redup pandangan.... 
segar di kotak minda ini yang sentiasa ada .. 
untuk ku mengingatinya... 
dan kita akan bertemu jua... 

Create By ZiEma Ghazi....
AL-FATIHAH

Saturday, March 7, 2009

Batu

hutan batu
gagah nya cuma luaran
walau rongga penyeri dalaman
namun tetap menghiasi pandangan
hutan batu
mercu berupa tugu
warna berganti menyalahkan kehijauan yang biasa menghiasi mata
tiada apa yang berbeza,semua nya dari satu bancuhan yang sama
hutan batu
aku penghuni di hutan batu ini
sudah tiada sedutan nafas yang bisa menyegarkan minda
kerana semuanya tidak di beri nafas kehijauan..
hanya kepulan asap-asap penyeri halaman.....
di hutan batu...