welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Saturday, December 31, 2011

Najwa Latif




Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....

Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata- kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu....

Friday, December 30, 2011

Nabi Muhammad s.a.w



Siapakah Muhammad s.a.w?

Baginda dilahirkan pada suboh Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M), di Mekah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Baginda lahir sebagai anak yatim. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat atau lebih dikenali sebagai ibu susuan. Ibu susuan baginda ialah Halimahtus Sa'adiah. Dan baginda dijaga dan dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Baginda wafat juga pada Isnin, 12 Rabiulawal dalam umur 63 tahun, merangkumi 40 tahun sebelum menjadi nabi dan 23 tahun sebagai Nabi serta Rasulullah.

Anda mungkin tak tahu:

·         Nama Muhammad dicadangkan oleh Ibu Nabi - Aminah berdasarkan ilham yang telah dikurniakan oleh Allah. Qustam ialah nama awal yang ingin diberikan oleh Abdul Muthalib. Muhammad bermaksud terpuji dan ia bukanlah nama yang lazim diberikan pada waktu itu.
·         Ayah Nabi Muhammad meninggal dunia sewaktu pulang dari menjalankan perniagaan di Syria.
·         Muhammad diberi nama oleh datuknya Abdul Muthalib di depan Kaabah sejurus selepas baginda dilahirkan.
·         Sejarah Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling jelas dan nyata di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi; sirahnya mengandungi sebelum kelahiran, semasa kelahiran, selepas kelahiran sehingga Nabi Muhammad s.a.w diangkat sebagai Nabi dan Rasul.
·         Baginda telah diberikan ilham mengenai kewafatannya, dan baginda memberikan pesanan terakhir kepada semua di Hajjatul Wada'.
·         Sewaktu kewafatan Baginda, ramai yang tidak percaya termasuklah sahabat-sahabat Baginda kecuali Syaidina Abu Bakar. Ramai yang huru-hara, ada yang lumpuh, ada sahabat yang menghunus pedang, dan ramai yang kelu tidak dapat berkata apa-apa.
·         Nabi Muhammad s.a.w. telah gering selama 10 hari sebelum wafat. Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. (Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)
·         Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )

Berdasarkan beberapa kitab dan beberapa hadis; ada diterangkan bagaimana rupanya Nabi Muhammad s.a.w; walau bagaimanapun, rupa sebenar junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tidaklah dapat diketahui secara jelas, kerana Islam bukanlah agama mengangkat dan obsesi kepada orang tetapi ia adalah agama tauhid. Ia adalah agama kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan wahyu (Al-Quran) dan dipertunjukkan menerusi sirah dan juga Sunnah Rasulullah.

Bagaimana rupa Nabi Muhammad s.a.w? Berdasarkan beberapa kitab - apresiasi oleh para sahabat nabi.

·         Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
·         Aku melihat cahaya dari lidahnya..
·         Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
·         Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·         Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·         Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·         Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
·         Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
·         Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·         Wajahnya seperti bulan purnama.
·         Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
·         Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
·         Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
·         Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·         Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
·         Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
·         Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
·         Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
·         Janggutnya penuh dan tebal menawan.
·         Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
·         Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·         Rambutnya sedikit ikal.
·         Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
·         Rambutnya terbelah di tengah.
·         Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
·         Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
·         Seimbang antara kedua bahunya.
·         Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
·         Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
·         Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
·         Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·         Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
·         Warna putihnya lebih banyak.
·         Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·         Warna kulitnya putih tapi sihat.
·         Kulitnya putih lagi bercahaya.
·         Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
·         Badannya tidak gemuk.
·         Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·         Perutnya tidak buncit.
·         Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Sandwiches Decoration...

nampak 'comel' sayang pula nak makan..











Design Pelik


Twin Chairs: Beautiful, Stackable Bent Ply from Italy


Mug Gigi..geli lah nk kongsi ngan org lain mug ni...


Selipar rumput...


Ni Selipar ke Sandwich????..hihi

Belajar Bahasa German (Jam)

Wie spät ist es?/what time now?/How late is it?
Wieviel Uhr ist es?/what is the time,please?

Es ist 8 Uhr./it is 8 O’clock.

Hari ni kita belajar tengok jam ..ikut orang german...
Perhati kan dengan teliti gambar yang aku attach kat bawah..tengok sampai mata korang buntang dan terkeluar then masuk balik....agak-agak dah nampak perbezaan dia maknanya mata dan otak korang function dengan elok la....ehehhe gurau je..
k..tengok table ni...

*editing:jam 3.00/4.00 (drei Uhr/vier Uhr). Viertel (V) capital letter.
  
*editing:jam 5.00/6.00 (fünf Uhr/sechs Uhr). Viertel (V) capital letter.  

aku terang kan satu-persatu (ikot kefahaman aku..kalu aku salah tolong betulkan)
untuk dua table yang ada kat atas  ni aku dah bezakan ‘warna’ dia, so korang boleh nampak warna hijau n pink tu,untuk jam yang lain, maksud aku (pukul 2,pukul 7,pukul 9 and so on) tang tu (highlight yang aku kaler hijau n pink tu laaa...) je berubah....aku buat table ni supaya senang nak ingat..table ni aku buat masa aku study kat GMI dulu.....aku kongsikan apa yang aku tahu je...banyak lagi yang aku tak tahu....
masa ambik test dulu aku ‘hafal’ table ni....
mirror kan je warna kuning tu maksud aku mirror atas ke bawah....kan sama..jadi senang la nak ingat...yang penting paham..kalu 'hafal' tapi tak paham tak guna....

  
*editing: Viertel (V) capital letter.

Nach und Vor tu aku tak tau nak terang macam mana..korang hafal la sendiri...kiki
Dah ada table ni senang la sikit nak faham..

*editing:jam 3.00/4.00 (drei Uhr/vier Uhr). Viertel (V) capital letter. 


Ni untuk table yang aku kaler hitam:

Perlu ingat halb ni je...
?.25
fünf vor halb _____
?.30
halb _____
?.35
fünf nach halb _____

cuba isi sendiri,kalau dah tahu nombor (jam senang la nak ingat)

*editing table:Viertel (V) capital letter. 

Contoh:Pukul 3---4
*editing table:jam 3.00/4.00(drei Uhr/vier Uhr). Viertel (V) capital letter. 
  
Pukul
Bahasa German
Bahasa Malaysia
3.00
drei Uhr
Pukul 3



3.05
fünf nach drei
5 Minit selepas pukul 3
3.10
zehn nach drei
10 minit selepas pukul 3
3.15
Viertel nach drei
15 minit selepas pukul 3
3.20
zwanzig nach drei
20 minit selepas pukul 3



3.25
fünf vor halb vier
5 minit sebelum setengah jam nak pukul 4
3.30
halb drei
Setengah jam selepas pukul 3
3.35
fünf nach halb vier
5 minit selepas setengah jam nak pukul 4



3.40
zwanzig vor vier
20 minit sebelum pukul 4
3.45
Viertel vor vier
15 minit sebelum pukul 4
3.50
zehn vor vier
10 minit sebelum pukul 4
3.55
fünf vor vier
5 minit sebelum pukul 4



4.00
vier Uhr
Pukul 4

Thanks to Frau Wina ..(German Malaysian Institute)