welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Thursday, September 15, 2011

'danhatipunberkata'

oleh sebb aku dah lama tak beli novel..so aku tepek kan kulit novel nih kat sini...tak penah bc pon novel 'danhatipunberkata' ni...baru jek tengok kat inbox emel tadi ader..hihihi eden pon kopipes la....mcm best kan nk beli lah satu......tapi aku minat novel karangan 'ramleeawangmurshid'.....

Nurriez

ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair..

"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."
"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."
"Kalau Irra lari jugak?"
"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"
"Irra tak nak masuk lubang cacing!"
"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"

RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain."Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang""Sudi, tapi bersyarat.""Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?""Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit.""Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?""Irra nak abang jadi manusia biasa saja.""Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...

Judul : Dan Hati Pun Berkata
Penulis : Nurriez
Semenanjung : RM18
Sabah / Sarawak : RM21

Wednesday, September 14, 2011

Perfumes Container...

Perfumes sudah menjadi sesuatu yang wajib dipakai baik oleh lelaki or perempuan di seluruh dunia.

Ternyata selain wangi, Perfumes juga di datang kan dengan pelbagai design botol yang cantik. Selain  sebagai tempat bekas untuk minyak wangi,ia juga di kumpul oleh penggemarnya sebagai bahan koleksi peribadi...coz botol2 minyak wangi nih kiut miut...

Perfumes menunjukkan jati diri dan selera seseorang. Keharuman wangiannya tidak hanya dinikmati oleh si pemakainya tapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya.
Setelah dioleskan, Perfumes segera menembus kulit melalui pori-pori dan bersatu dengan kimia badan kita...fuuuhhhh wanginya....

Tapi, kena ingat tau jenis Perfumes yang sama belum tentu mengeluarkan aroma yang serupa untuk lain-lain individu...dia mcam aura la jugak...

Ini kerana kesan antara bau Perfumes dan aroma tubuh akan menghasilkan bau yang berbeza...so kepada sesapa yg  masih ‘berbau’ walopon dah pakai minyak wangi yang mahal...ehmmm..korang kena pakai ‘MINYAK TANAH’ lah gamaknya...tak guna jugk beli yg mhal2...buang duit..

Nah ni koleksi botol minyak wangi yang sempat aku kopi and pes kat dari gogel...heheheh











cuba bayang kan minyak wangi korang dalam botol kat bawah nih...ade brannn nak beli???hihihi...






Tuesday, September 13, 2011

aku ader simptom 'lupa' ke??


dah lama tak de entry baru..tak tau nk tulis aper...ader citer baru ke nk "splash" kat sini???haih..rasa macam takde..sebok dengan urusan dunia yang sementara ni...masih memikirkan masa depan.perancangan dalam kehidupan...aishh nape buntu plak time nih...tadi petang tengok rumput pon ader jek idea nk karang..knapa time mengadap laptop nih semua idea 'terbang'???...ufsss...aku ader simptom 'lupa' ke??JANGAAANNN... aku masih mudaaaa.....muda?..mana idea aku tadi? idea petang tadi dah hilang...


tapi aku ingat cerita 2 hari lepasssss... 2 hari lepas aku main ngan ibu kucing...ibu kucing tuh ader 7 ekor anak...3 anak biologi and 4 anak angkat..dari pengetahuan aku ibu kucing nih bunting sulung(first time pregnant la...)..lama aku perati ibu kucing ni..aku tertanya apa perasaan dia jaga anak kucing lain??sampai 4 ekor??aku tengok dia tengh menyusu anak2 dia  kat dapur rumah aku,sebelah meja makan..ader sesuatu yang menarik perhatian!!...


gambar hiasan..hihi

aku check susu dia,kucing kan ader byk susu,tapi yang fungsi @ aktif kuar susu ader 5 je...tapi anak dia ader 7..aku tengok anak2 dia berebot nk isap susu, anak biologi dia masa tuh usia 3 minggu saiz agak besar dari anak angkat dia nih yang rasa2 baru umur seminggu kot..(tak tahu usia betol..coz anak buah aku jumpa 4 ekor nih dalam kotak,kena hurung semot dekat ngan kubur cina).anak biologi dia ganas lak tuh..main tolak je ..yang tu plak kecik lg baru leh bukk mata,kesian lak selalu tak cukup menyusu..malam tuh aku tengok ibu kucing sebok 'pindah' kan anak dia pg ruang tamu,port dia bawah kerusi..yang pelik dia angkut anak angkat dia jek...anak betol dia tinggal kat dapur..dia pisah kan..mula2 tu aku ingat dia tak suka, rupa2 nya dia nak susu kan 'budak-budak' tu asing-asing..ehm pandai ibu kucing ni....so hari-hari dia bahagi masa untuk susu kan anak2 dia nih,mesti penat...dan anak2 dia pon dah bleh lompat2 skrang..cukup makan..pikir-pikir lah manusia, bahawa kasih sayang itu tidak terbatas.....

penyayang betol kucing ni..bukan anak kucing je..anak tupai pon di susu kan,ni pic kat gogel


Note: Aku tertanya kenapa saiz anak biologi kucing tuh besar??baka besar ke??ataupon..adakah terlebih vitamin ??(sebb kakak aku bg ibu kucing tu vitamin B dan asid folic (betol ke eja camni?)...kakak aku mengandung skarang..masa kucing tuh bunting dia ader bg vitamin yang dia makan kat kucing tu skali,bunyi mcm kelakar,tapi kucing tuh agak bertenaga lepas mkn vitamin tu)..susu pon byk...

apa cerita aku nak karang petang tadi???lagi 2 hari aku akan ingat balik ke?mcm cerita ibu kucing nih??atau pon hanya cerita yang mengusik perasaan yang kita akan terkenang??..tapi petang tadi pon mengusik perasaan aku juga..tapi aku lupa...insyaallah aku akan ingat...