welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Friday, June 22, 2012

Apa Yg Bakal Terjadi Kepada Akaun FB Kita Selepas Kita Mati?

~Persinggahan Dalam Perjalanan Mengumpul 'Bekalan'~

Mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini,kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik,tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti..
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup..

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan dan selamat beramal

Wednesday, June 20, 2012

Blogwalking..

blogwalking ...
jumpa blog ni...'Diari Rindu Muhsin & Mira' suka baca..

Hidup hanya sementara...

dah lama tak de post baru..tadi gugel jumpa blog Nur Mujahidah Islam..isinya menarik, so aku copy dan tepek kat sini..


Kehidupan di dunia hanya sementara, malah dianggap permainan dan hiburan yang tidak berkekalan seperti dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am, ayat 32)

Justeru, kita jangan mudah terpedaya sehingga terus melupakan urusan akhirat.

Kesenangan hidup menyebabkan manusia lalai mengingati Allah. Oleh itu, Allah mengutuskan nabi dan rasul memberi peringatan supaya manusia berwaspada, beramal salih dan segera bertaubat.
Namun, masih ada juga manusia ingkar dan sombong dengan tidak mahu mengikut perintah Allah. Sebagai balasannya, Allah menurunkan bencana sebagai ujian dan dugaan supaya manusia segera insaf.

Allah berfirman maksudnya: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia kerana Allah hendak mereka rasai sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang dilakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Surah al-Rum, ayat 41)

Sesungguhnya musibah dan bencana terhadap manusia adalah ujian dan peringatan. Kita perlu bersabar dan reda dengan qada dan qadar Allah.
Anggaplah ujian itu proses memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Sebenarnya pelbagai ujian diturunkan Allah antaranya wabak Influenza A (H1N1). Penyakit ini boleh menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkiti haiwan khususnya babi disebabkan Virus Influenza jenis A.
Sesuatu yang lebih penting untuk difahami umum ialah penularan penyakit berjangkit ini bukan hanya berkaitan isu bawaan haiwan, tetapi berkait rapat dengan tahap kebersihan diri dan persekitaran.

Menjaga kebersihan amat diutamakan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah al-Taubah, ayat 108)

Dalam menghadapi segala ujian atau bencana daripada Allah, kita perlu banyak bersabar dan memohon perlindungan Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah ketika solat jumaat di seluruh negara. Mudah-mudahan rakyat dihindari daripada segala bencana dan wabak berbahaya.

ambik Sini