welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Tuesday, September 10, 2013

Misalan apa

Tuhan
Misalan apa patut aku bayangkan
Bagi gambaran berbentuk lisan
Seketika, terkaku aku dititik permulaan
Namun,aku terus melangkah mencari kebahagiaan...

Tuhan
Inikah rupanya sebuah ujian
Buat menduga secebis keimanan
aku berserah dengan doa
Moga kekusutan terlerai semuanya

Tuhan
Kiranya ini telah ditakdirkan
Untuk aku hadapi sendirian
Mohon aku dititipkan sebuah keredhaan
Buat teman sepanjang perjalanan...



(lupa copy kat mana)

Sunday, April 21, 2013

~ditepi pantai yang indaahhhh....aku duduk seorang diriiii...

~aku dah lama tak update...
kadang aku kalau nak buat entry mesti blur tak tau nak taip apa..kadang tgh dok lepak kat opis ada jer idea aku nak mengarang kat sini.tapi bila dah online jadi 'blur' balik...kadang aku terpikir apa positif dan negatifnya hasil tulisan aku ni..aku 'buat' blog ni pun saja suka-suka..atleast ada tempat untuk aku luah perasaan..luah perasaan kat keyboard lagi best dari hadap manusia..lain orang lain penerimaan..lain pendapat..lain cadangan..lain cara luah perasaan..macam-macam benda dalam kepala otak aku sekarang ni..banyak yang aku pikir..kadang betol jugak org kata..makin banyak pikir makin banyak masalah..life must go on...

~aku di perantauan
hidup di perantauan banyak mengubah cara hidup aku...ada member opis kata aku pendiam..aku?pendiam? mcm pelik statement tu..(zaman aku student dulu aku antara student yang 'banyak cakap') kenapa aku berubah..aku berubah ke?~apapun memang manusia akan berubah..

~aku dan kerja
aku suka kerja aku sekarang
hari-hari pergi opis hadap mainan..main lego...
mcm2 model dah aku buat
aku suka kerja aku... :)

~aku dan 26
tahun ni umur aku 26 tahun...
i am single and available...hehe

~aku dan berat badan
masih berjuang dengan diri sendiri
berperang dengan nafsu sungguh mencabar diri aku...






Friday, February 15, 2013

Wednesday, January 2, 2013

PERSONALITI KUNING



SOSIAL:

1. Mengutamakan keceriaan. Sukakan kegembiraan, keseronokkan, periang, manja, mudah mesra, & kadang2 bersikap keanak-anakkan.

2. Nampak muda remaja & bertenaga kerana suka ketawa dan mudah didekati orang lain. Suka tersenyum dan kehadiran mereka dialu-alukan.

3. Sering menasihati orang lain supaya tidak bersikap terlalu serius, tertekan, atau kesedihan kerana kehidupan perlu dinikmati secara total.

4. Sikap positif menyebabkan mereka mempunyai ramai kawan.

5. Kadang-kala berada dalam kesunyian kerana mereka hanya mempunyai teman pada waktu gembira sahaja. Kebanyakan teman mengambil mudah kerana personaliti ini dianggap dapat memenuhi waktu sedih mereka sahaja. Jadi, personaliti ini harus pandai mencari teman ketika berduka.

6. Aktif & gemar berkomunikasi. Kreatif dalam melakukan sesuatu. Komunikasi mereka disertai dengan unsur humor, jenaka & gelak ketawa.

7. Bersifat artistik, idea bernas, kreatif dalam hubungan sosial, kerja dan peribadi.

8. Mampu bercakap pelbagai jenis topik jika berada dalam kumpulan.

9. Peka, mampu mengesan bahasa tubuh orang lain, menerima dan mendengar pendapat orang lain, & cepat mempelajari sesuatu terutamanya Sains & teknologi.

10. Daya fikiran kreatif & pola pemikiran teknikal memudahkan pemprosesan maklumat berlaku dengan cepat.

11. Cekap menggunakan peralatan komunikasi, komputer, elektrik dan peralatan moden lain. Boleh menceriakan hidup mereka.

12. Sukakan seni secara spontan : hasil lukisan, kraf tangan, penulisan, ukiran tangan, gubahan bunga, seni lipatan kertas, seni mengecat, grafik & lain2.

13. Cepat bosan dengan sesuatu. Jadi mereka mudah melakukan perkara2 lain semata2 untuk menceriakan kehidupan mereka.

14. Bahasa tubuh mereka jelas. Kurang pandai berselindung : jika sedih / gembira, raut wajah mereka segera menunjukkan perubahan mood.

15. Berdikari & mudah mesra dalam perhubungan. Bertenaga dan mudah mengalirkan tenaga kepada orang sekeliling.

16. Harus bijak mengalirkan tenaga kepada persekitaran kerana apabila tenaga berkurangan, personaliti ini akan menjadi malas, muram, sukar memberi focus dalam hal lain. Namun cekap memberi alasan jika perlu.

17. Perlukan masa untuk mencari & membina jati diri supaya menjadi lebih matang dan mahir dalam segala hal.

PERHUBUNGAN:

1. Mahukan pasangan yang mengambil berat, memahami dan tidak menghalang kebebasan. Agak memilih dalam mencari pasangan.

2. Suka hidup bersendiri. Takut menjalinkan hubungan serius dan kurang yakin dengan komitmen. Ingin kebebasan dalam kehidupan.

3. Takut dikecewakan jika pasangan meninggalkan mereka. Tidak sukakan hubungan yang berlangsung dengan cepat.

4. Pasangan perlu sabar kerana mereka mengambil masa & ruang untuk membuat keputusan dalam perhubungan.

5. Dalam hubungan perkahwinan, perhubungan intim dan seksual amat penting kepada mereka kerana tenaga aktif mereka dapat diaktifkan semula. Mereka akan berasa dihargai dan lebih ceria.

6. Selesa bersama Personaliti MERAH, JINGGA dan KUNING sendiri. Mereka terdiri daripada kumpulan yang lebih kurang sama aktifnya.

7. Bersesuaian dengan Personaliti VIOLET : membantu mereka meningkatkan daya pemikiran yang lebih kreatif, berwawasan & fantasi.

8. Kurang sesuai dengan Personaliti BIRU : tidak sukakan komitmen yang diperlukan oleh Personaliti BIRU.

9. Mereka perlu lebih peka dalam menjalinkan hubungan jangka panjang. Cuba untuk lebih memahami bahasa tubuh, emosi, dan sikap pasangan masing-masing supaya hubungan itu lebih kekal lama.

  KEWANGAN & KERJAYA:

1. Mampu menjana kewangan kerana kreatif dalam hal ini. Bijak merancang sesuatu untuk mendapat hasil yang lumayan.

2. Namun lemah dalam menguruskan aliran masuk & keluar kewangan.

3. Mampu melaksanakan tugas baru dengan baik. Namun cepat bosan dengan sesuatu yang baru dilaksanakan : “Hangat2 tahi ayam”.

4. Kelihatan bersemangat di awal tugasan. Agak malas di peringkat akhir tugasan.

5. Kreatif dalam mencari sebarang penyelesaian kepada mana2 masalah yang dihadapi mereka atau rakan mereka.

6. Motivasi diri yang tinggi. Mampu memimpin orang bawahan. Menjadi rujukan orang lain. Turut mengaplikasi apa yang mereka katakan.

PEKERJAAN YANG SESUAI:

1. Atlit

2. Ahli perniagaan

3. Ahli psikologi

4. Penghibur / chef / mekanik

5. Pengamal perubatan / pemandu pelancong / pramugara / pramugari

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Bersolat, menyanyi, menari, meditasi dan aktiviti riadah lain dapat menjana tenaga mereka kembali.

2. Bersukan penting kepada mereka. Aktiviti pantai : berlayar, berenang & lain2 dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan.

3. Jangan lakukan aktiviti yang mengehadkan kreativiti kerana akan membantutkan kadar tenaga dalam badan.

4. Perlu lebih peka terhadap bahasa tubuh orang di sekeliling dan perlu menjada tubuh badan, minda dan rohani diri sendiri supaya lebih menghargai kehidupan.