welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Monday, June 28, 2010

Ohh! sungguh bosan!


nii la keja aku bila dah bosan..!..tak tahu nk buat apa…study dah settle
(dip je la..ader rezeki nak sambung lg…doakan aku jadi rajin tau)
Byk je keje..saja blurr.tak tau nk buat aper?
Aku ni minat fotografi ...…tapi hobi ni makan kos (kamera mahal lol)…lallalaal..
Aku nak kumpul duit dulu..
Pastu nk teruskan hobi aku ni….aku suka edit gambar
Bahan lak:Alam dan manusia…
Setakat ni model aku..anak2 buah aku.hahahahahha
Dorang jadik mangsa aku untuk posing….hehhehheh
Setakat ni hasil seni memang masih tak seni lagi…heheheh..

Monday, June 21, 2010

untuk kamu.

Aku terfikirkan tentang dirimu..
sesaknya nafasku..
memendam sesuatu..dan tak mampu lagi untuk diluahkan..
nadiku berlagu sunyi..
tiada terisi..hanya jiwa yang berteman tanpa melodi..
tiada tangis..
hanya sebak mengisi hati..


Ku berdiri dalam sunyi..
mencari ketenangan agar dapat ku luahkan resah hati..
tanpa kebisingan dari sana-sini..
semuanya mengganggu pemikiran dan emosi..
ingin kulaungkan nama mu dengan irama rindu..
agar kau tahu semuanya..
melaungkan betapa aku mencintai diri mu..
agar kau tahu bagaimana seksanya memendam rasa..
yang melangkaui batas tahun usia masa..
agar kau tahu lamanya aku memendam rasa..


Oh angin..
sampaikan salam rinduku pada dia yang aku sendiri tidak pernah terucapkan..
agar dia tahu aku ada disini..
tanpa berubah posisi..
berdiri dengan hati yang sarat dengan puisi-puisi yang aku karang untuk diri sendiri..
nukilan ku semua tentang dia..
sungguh dia istimewa di hati dan di mata..


Ya Allah..
aku mohon..aku meminta..aku berdoa kepadamu..
jatuhkn lah hatinya padaku..
agar aku menjadi yang halal bagi dirinya..
agar aku tidak tersia dengan cinta sementara..


Ya Allah,
sekiranya dia tercipta bukan untuk diriku..
jauhkanlah hatiku dengan dirinya..
agar aku tidak terus membuang waktu..
tersia dengan nya..
aku tidak mahu berharap lagi..


Ya Allah tenangkan lah hati nya dari masalah yang ada..


Aduhai KAMU...
mungkin kamu tidak pernah tahu bahawa..
coretan ini ditujukan khas untuk dirimu..
cuma satu yang aku ingin kamu mengerti..
kamu terlalu sempurna untuk aku miliki..
aku hanya ingin meluahkan rasa hati..
maafkan andai aku tidak sempurna..tapi mengertilah kamu wahai sayang ku....
sesungguhnya..
rasa cinta ini..
aku sendiri tidak mampu untuk menafikannya...!!

aku yang memendam..

sakit nya aku memendam rindu..
sakitnya aku menanggung cinta dan tak mampu meluahkan..
agar hilang rasa terbeban ku ini..
kasi aku cara agar aku mampu meluahkan semuanya..
keluarkan aku dari belenggu perasaan sendiri..


kasi aku masa aku mampu melupakan
biarpun sakit tidak tertahan..
aku harus melupakan ..
mungkin antara dia dan aku,sama2 suka berteman.
tanpa apa2 bunga perasaan..


janji kan bahagia itu untuk kita..
janji kan kemesraan itu untuk kita..
jgn pernah luputkan semuanya..
kerna antara kita ada terselit rasa selesa..
tiada aku pernah memendam dendam pada diri mu..
dek kerana hati mu bukan untukku..
jgn perrnah meragukan bahawa ini sahaja yang aku tahu..
hanya cinta akan dirimu......


izin kan namamu sentiasa di hati ini..
aku tahu batas kasih sayangnya..
tanpa meluahkan aku tahu cara untuk mengekalkan..
diri mu dalam kenangan hati..
bukan kenangan perasaan..
tandakan bahawa kau pernah menjadi kesayangan hati ini..
sepenuh hati dan cinta semata....tanpa sekelumit dusta..!!

Semalam Yang Datang...

hari ini kubuka mata..
kanan mara melangkah lg..
jgn goyah,!itu pesanan hati..
semalam datang lg sama mcm hari ini..
hanya berulang benda yang sama..

kadang2 kita perlu menjadi luar biasa..
pemikiran sahaja pn takpe..
janji kita mampu mengawal suasana..
agar tidak terganggu dengan rasa..
aku yakin cinta mampu mengawal semuanya...

Friday, June 4, 2010

kekasih gelapku-ungu

*ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

repeat *

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

i like this song.....