welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"
Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Pantun

Kat bawah ni pantun yang aku create sendiri...

rindu mewangi di taman jati,
sayang kasih dibawa ke hujung,
tanam cinta di dalam hati,
untuk kasih rela ku junjung.

kutanam kasih tumbuhnya duri,
kutelan duri luka di hati,
ku karang pantun di siang hari,
pengubat cinta penawar sakti.

tekak luka tertekan duri,
makan ketupat si daun palas,
dapat pantun di siang hari,
menggagau taip karang nak balas.

pucuk pauh delima masak,
asam puyu tulang selirat,
sayang kasih usah mendesak,
hilang kasih rindu melarat.

deru ombak menyapa desir,
pasir tenang di bawa pergi,
merasa sayu dirinya fakir,
meraba tulang penjuru gigi.

deru ombak menyapa desir,
pasir tenang di bawah jeti,
merasa rindu menyapa getir,
bila sayang lekat di hati.

yang 2 ni tak ingat kopipes dari mana....

ombak rindu menyapa pasir,
pasir tenang di bawa pergi,
mengapa sayu dirinya fakir,
meraba sayang penjuru hati.

melabuh sauh kapal dagangan,
ombak datang sampai ke tepi,
orang jauh di seberang lautan,
duduk terkenang tidur termimpi.


Dihinggap api habis rentung
Kayu alang atapnya ijuk
Buah hati pengarang jantung
Kalau meradang payah dipujuk

Ikan batu di atas bara
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila kekasih tiada dimata

Peluh mercik penat berjuang
Hang Jebat duduk beradu
Minta bekal dari puan
Hendak mengubat hati yang rindu

Rindu dendam keluh kesah
Seolah sembilu menusuk kalbu
Rinduku dalam hatiku resah
Terasa pilu tidak bertemu

Tunduk malu tidak biasa
Bunga Melati jadi tumpuan
Sehari berlalu setahun terasa
Rindu di hati padamu puan

Lalu dewata terbang melayang
Habis mati kera dan lontong
Siapa kata saya tak sayang
Penangan hati buah jantung

Pak Kaduk menghisap candu
Peluh keringat jari kematu
Di mana duduk di situ merindu
Hanya teringat cinta yang satu

Budak-budak membuang dedak
Penuh setimba di celah batu
Berdua tidak, bertiga pun tidak
Kasih hamba hanyalah satu

Pokok selasih pokok bayam
Dalam kepuk buah berangan
Seorang kasih seorang sayang
Tidak bertepuk sebelah tangan

Rumput ku cantas habis rata
Burung serindik mematuk betik
Beribu melintas di depan mata
Hanya cik adik kupandang cantik

Rama-rama selembut baldu
Bebas laksana layang-layang
Sama-sama menanggung rindu
Tidur tak lena makan tak kenyang



Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di’fire’ Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman ‘fire’kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di’fire’ pula

Orang berbudi kiter berbahaser
‘Fire’ diberi pada raksaser.

Monday, April 4, 2011

Dirimu Dalam Hatiku....

kau pinta aku tuk menjauhimu,
akan ku cuba...
kau memohon aku untuk pergi dari hidupmu,
aku masih sanggup...
kau pinta aku untuk tidak mempedulikanmu,
aku masih bisa...

tapi..

jika kau minta aku menghapuskan rasa cintaku padamu,
itu sama saja engkau menyuruhku untuk berhenti bernafas.....

dan..

jika kau minta aku menghapuskan namamu dr hati ini,
sama saja engkau meminta aku utk mati.....

untuk sahabat..

Wednesday, March 30, 2011

Aku

ini puisi yang dihadiah kan kepada aku oleh seseorang yang dulu penah hadir dalam hidup aku..
jangan salah paham ek..dia member sekelas aku je dulu....
aku suka puisi ni..dia anta msj jek
tapi sebb inbox ku dah penoh
aku pon abadikan lah kat sini biar korang boleh baca..
jom baca....hayati betol2 tau..kasi feeling sikit..
hehehehe

Aku....

Aku bukan penulis ternama
tidak tahu mencuri hati mu
dengan bait kata-kata indah nan syahdu
aku hanya tahu menulis namamu dalam kalbuku!

Aku bukan seorang penyajak
yang bisa melaung rasa hati
untuk semua yang dengar mengerti
tentang kamu yang aku kenali
dan tentang aku dan isihati!

Aku juga bukan seorang pelukis
dan tidak betah aku menzahirkan rasa
diatas kertas putih bersih
dan tidak pandai aku melakar wajahmu
walau itu sebenarnya yang aku mahu!


best kan..hehe
tapi saper penulis asal taktau la plak saper...

tadi search kat google ade gak persis sajak ni...


Aku bukan penulis ternama
aku tidak tahu cara mencuri hati mu
dengan bait kata nan syahdu
aku hanya tahu menulis nama mu
dalam kalbu ku

Aku bukan seorang pujangga
yang bisa mengikat rasa hati
semua yang pendengar mengerti
tentang kamu yang aku kenali
tentang aku dan isi hatiku

Aku juga bukan seorang pelukis
tidak betah aku menafsirkan rasa
diatas kertas putih bersih
tak pandai aku melukis wajahmu
walau itu sebenarnya yang aku mau?

Aku bukan siapa-siapa
aku cuma insan biasa, tiada apa-apa
aku cuma seraut senyuman
dan sebuah hati penuh cinta
yang aku berikan untukmu

Dan....
sudikah kau menyambutnya
walau hanya sebuah senyuman....

Monday, June 21, 2010

untuk kamu.

Aku terfikirkan tentang dirimu..
sesaknya nafasku..
memendam sesuatu..dan tak mampu lagi untuk diluahkan..
nadiku berlagu sunyi..
tiada terisi..hanya jiwa yang berteman tanpa melodi..
tiada tangis..
hanya sebak mengisi hati..


Ku berdiri dalam sunyi..
mencari ketenangan agar dapat ku luahkan resah hati..
tanpa kebisingan dari sana-sini..
semuanya mengganggu pemikiran dan emosi..
ingin kulaungkan nama mu dengan irama rindu..
agar kau tahu semuanya..
melaungkan betapa aku mencintai diri mu..
agar kau tahu bagaimana seksanya memendam rasa..
yang melangkaui batas tahun usia masa..
agar kau tahu lamanya aku memendam rasa..


Oh angin..
sampaikan salam rinduku pada dia yang aku sendiri tidak pernah terucapkan..
agar dia tahu aku ada disini..
tanpa berubah posisi..
berdiri dengan hati yang sarat dengan puisi-puisi yang aku karang untuk diri sendiri..
nukilan ku semua tentang dia..
sungguh dia istimewa di hati dan di mata..


Ya Allah..
aku mohon..aku meminta..aku berdoa kepadamu..
jatuhkn lah hatinya padaku..
agar aku menjadi yang halal bagi dirinya..
agar aku tidak tersia dengan cinta sementara..


Ya Allah,
sekiranya dia tercipta bukan untuk diriku..
jauhkanlah hatiku dengan dirinya..
agar aku tidak terus membuang waktu..
tersia dengan nya..
aku tidak mahu berharap lagi..


Ya Allah tenangkan lah hati nya dari masalah yang ada..


Aduhai KAMU...
mungkin kamu tidak pernah tahu bahawa..
coretan ini ditujukan khas untuk dirimu..
cuma satu yang aku ingin kamu mengerti..
kamu terlalu sempurna untuk aku miliki..
aku hanya ingin meluahkan rasa hati..
maafkan andai aku tidak sempurna..tapi mengertilah kamu wahai sayang ku....
sesungguhnya..
rasa cinta ini..
aku sendiri tidak mampu untuk menafikannya...!!

aku yang memendam..

sakit nya aku memendam rindu..
sakitnya aku menanggung cinta dan tak mampu meluahkan..
agar hilang rasa terbeban ku ini..
kasi aku cara agar aku mampu meluahkan semuanya..
keluarkan aku dari belenggu perasaan sendiri..


kasi aku masa aku mampu melupakan
biarpun sakit tidak tertahan..
aku harus melupakan ..
mungkin antara dia dan aku,sama2 suka berteman.
tanpa apa2 bunga perasaan..


janji kan bahagia itu untuk kita..
janji kan kemesraan itu untuk kita..
jgn pernah luputkan semuanya..
kerna antara kita ada terselit rasa selesa..
tiada aku pernah memendam dendam pada diri mu..
dek kerana hati mu bukan untukku..
jgn perrnah meragukan bahawa ini sahaja yang aku tahu..
hanya cinta akan dirimu......


izin kan namamu sentiasa di hati ini..
aku tahu batas kasih sayangnya..
tanpa meluahkan aku tahu cara untuk mengekalkan..
diri mu dalam kenangan hati..
bukan kenangan perasaan..
tandakan bahawa kau pernah menjadi kesayangan hati ini..
sepenuh hati dan cinta semata....tanpa sekelumit dusta..!!

Saturday, November 22, 2008

yang lama

yang lama..benda yang lama


hanya empunya yang tau ianya bermakna


walau tanpa jenama yang ada


ianya tetap bermakna


walaupun ianya lama...


dan lama tetap selamanya bermakna...

Wednesday, November 5, 2008

pengemis jalanan

ku tulis ......ku baca....
lembaran demi lembaran
terus ku gerakkan pena
biar pun tanpa dakwat
yang mencecahnya...
imaginasi ku
membentuk frasa yang
aku tidak ketahui...
walau yang lain bijak mengkritik
terus mengkritik nya tanpa
peduli telinga tidak sudi menangkap lagi..
hanya diri yang tenggelam dalam nikmat dunia yang sementara..
terus menelaah bait yang begitu sempurna maknanya
dan tanpa ingin mengerti
dan tidak ketahui
itu hanya contengan dari pengemis jalanan cuma.......

Monday, September 22, 2008

aku dan rasa itu..

aku..di kampung...
rasanya begitu..
bezanya di hutan batu ini ..
hanya aku yang mengerti...
hanya aku yang mengerti...