Novel RESTU
ini diterbitkan pada tahun 1996 oleh Berita Publishing Sdn Bhd
novel ini
terpilih sebagai pemenang kedua bagi Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang-Gapena
bagi aku,
novel hasil tulisan Ismail Kassan ini sangat menyentuh perasaan dan mampu
mengembalikan semangat kepada sesiapa yang membaca dan menghayati perjuangan
watak utamanya..
RESTU
Restu
mengungkap perjuangan watak utama iaitu Ikram dalam menempuh kehidupan yang
penuh derita tetapi dihadapi dengan kesungguhan
Penderitaan
dan kemiskinan bukan halangan tetapi merupakan motivasi atau penggerak kepada
seluruh kekuatan, keimanan dan ketahanan fizikal atau lahiriah
Restu
memaparkan perjuangan yang beriring air mata dan kecekalan sebelum mengecap
kejayaan yang diidamkan
Novel ini
mengisahkan Ikram, watak utama yang berpindah ke Kampung Penarik Hilir dan
memulakan kehidupannya sebagai seorang anak kampung di situ
Apabila
ayahnya meninggal dunia, kehidupan keluarga Ikram menjadi gelap
Yazid sebagai
anak sulung terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga
Ikram yang
masih kecil ketika itu terpaksa mengerah tulang empat keratnya untuk membantu
Yazid mencari rezeki halal
Yazid membawa
diri keluar dari kampung selepas dia difitnah menyerang dan memukul Tok Leman,
ketua kampung walaupun bukan itu hakikatnya
Kehilangan
Yazid menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga menjadi bertambah perit
Ikram dan
Kamal adiknya tinggal di Penarik Hilir untuk mengusahakan tanah mereka
manakala emak
pula mengikut suami baru berhijrah ke Mersing
Ikram
terpaksa meninggalkan kampung halaman yang sangat dicintainya itu apabila
undian lot tanah dibuat
lot tanah
yang diusahakan selama bertahun-tahun terlepas ke tangan orang ini
semangat
Ikram telah dibunuh oleh kertas undian kecil itu
Ikram
berusaha keras dalam mengejar kecemerlangan akademik walaupun dihimpit
kemiskinan
hasilnya
Ikram kembali ke Kampung Penarik Hilir sebagai seorang A.D.O.
Percintaan
Ikram dengan Hasnah, anak Tok Leman juga dilukiskan secara berseni
mengambil
kira latar mereka sebagai anak kampung
walaupun
terpisah apabila Ikram keluar dari kampung, Hasnah tetap setia menunggu Ikram
Antara
ungkapan menarik dalam novel ni
Semasa Cikgu
Maimunah ingin memberi bantuan PIBG kepada Ikram,
"Ikram,
biar satu kampung ni menghina awak! Awak tak akan jadi hina! Tapi kalau awak
sendiri menghina diri, awak akan menjadi hina! Lagipun awak bukan mencuri harta
sesiapa!"
Babak yang
aku suka dalam novel ni semasa Ikram pulang dari hospital lewat malam..sungguh
menyentuh hati..sampai aku ulang membacanya,dan cuba ‘menjadi’ dirinya..
Kamal yang
tinggal seorang diri di rumah menangis memanggil emak dan abang
Sesampai di
rumah Ikram memasang pelita dan memasak bubur nasi
sambil makan
bubur nasi yang cair dengan ikan masin bulu ayam, Ikram dan Kamal menangis
tanpa suara
mereka
menyedari betapa pedihnya kehidupan pada saat itu, namun segalanya mesti
ditewaskan juga.
nota kaki::
1. novel yang
membuat kan aku jatuh cinta dengan watak utama nya…IKRAM…
2. kecekalan
hati Ikram dan semangat dalam diri nya….membuat kan aku rasa nak jadi
Hasnah@Zaleha..ihiihi
Ismail Kassan
Ismail dilahirkan di Johor Bahru
pada 1954 dan berkelulusan Bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia
1978. Pernah mengikuti kursus International Trading di Bremen, Germany dari
1988-1990 dan ditawarkan mengikuti kursus Documentation adn Information Study
di Marywood College, USA (1986). Mula berkhidmat sebagai Tutor Bidang Drama di
Jabatan Pendidikan UKM 1976-1977, beliau kemudian berkhidmat di FELDA pada 1978
hingga bersara pilihan pada 1990 sewaktu menjawat jawatan Pengurus Kanan dan
Ahli Exco Kanan Perbadanana Niaga FELDA. Beliau kemudian menjalankan perniagaan
dan syarikat beliau dilantik sebagai Perunding Motivasi dan Semangat Berpasukan
PERODUA sejak 1995 hingga 1997.
Beliau banyak menulis &
mengarah teater sejak 1972. Beberapa karyanya memenangi hadiah antaranya,
Pelayaran Inderaputera 2 (Tempat Pertama), Menanti Puteri Hijau (Tempat
Pertama), Istiqamah (Tempat Pertama), Gelanggang Tok Wali (Pemenang Anugerah
Sastera Perdana 2004), Kilung Musung (Pemenang Anugerah Sastera Perdana 2002),
Bukan Dejavu dan Kembang Cempaka Sari.
Novel pertama beliau berjudul
Restu telah memenangi Tempat Kedua Sayembara Menulis Novel anjuran GAPENA -
Kumpulan Perangsang 1997. Novel tersebut kemudian terpilih sebagai Buku Teks
Sastera untuk Tingkatan 4 & 5 mulai tahun 2001.
Beliau adalah Presiden Majlis
Teater Kebangsaan Malaysia (TeMA). Beliau dilantik sebagai Panel Penasihat
untuk persembahan di Istana Budaya dari 2000-2005 dan sebagai Ahli Jawatankuasa
Penasihat Kebudayaan Islam Hadhari Kebangsaan oleh Jabatan Perdana Menteri
(2006-2008).
11 comments:
saya mencari novel restu..masih ada lg x
Saya masih ingat akan monolog dalaman watak ikram.memang akan menitiskan airmata bila teringatkannya
Kat mana yea jual novel.saya teringin sgt2.sb ia membangkitkan semangat juang utk hidup dan berjaya
Suka sgt novel ni..mmg byak kali ulang baca mase tingktan 5..teringat yg Ikra usahakan tanaman nenas..dgn perut laparnya. sian sgt
Ia menjadi inspirasi hidupku.. Seakan2 menjadi perjalanan nafasku.. Aku ikraam..
Sy pun mencari..klu ada tlg inform sy sekali ye
Kt Mana ye nk cr..sy Suka sgt novel nie
masih dlm simpanan novel ni. zaman skolah form 5 dulu minat sgt novel ni, ari last kne ntar buku smua, buku ni xntar..heh.. dah 17thun dlm simpanan.
sya msih ingt watak ikram ni..sehinggakan anak sulung sya sya namakn ikram...walau da 17 thun tinggalkan sekolah...novel ini tidak pernah lupa...sudah puas cari d kedai buku..tpi tidak ada...
Sy masih ada buku ni. Sayang sgt2 dgn buku ni. Sy trjumpa dibawah meja masa masuk kelas baru. Hairan juga, Sek sy tiada sastera berkenaan dgn buku Restu, kebetulan tiada cop sekolah. Jd sy simpan. Prtama Kali baca, menangis. Smpai Ulang baca 2-3kali. Mmg best penulisan Ismail Kassan yg satu ni👍
Kisah ikram yang betul2 menghayat hati walau dah bertahun tahun watak dan cerita nya masih segar di minda. karya yang patut di jadi teladan hidup..
Post a Comment