welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"
Showing posts with label Islam Agamaku.... Show all posts
Showing posts with label Islam Agamaku.... Show all posts

Friday, December 30, 2011

Nabi Muhammad s.a.w



Siapakah Muhammad s.a.w?

Baginda dilahirkan pada suboh Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M), di Mekah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Baginda lahir sebagai anak yatim. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat atau lebih dikenali sebagai ibu susuan. Ibu susuan baginda ialah Halimahtus Sa'adiah. Dan baginda dijaga dan dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Baginda wafat juga pada Isnin, 12 Rabiulawal dalam umur 63 tahun, merangkumi 40 tahun sebelum menjadi nabi dan 23 tahun sebagai Nabi serta Rasulullah.

Anda mungkin tak tahu:

·         Nama Muhammad dicadangkan oleh Ibu Nabi - Aminah berdasarkan ilham yang telah dikurniakan oleh Allah. Qustam ialah nama awal yang ingin diberikan oleh Abdul Muthalib. Muhammad bermaksud terpuji dan ia bukanlah nama yang lazim diberikan pada waktu itu.
·         Ayah Nabi Muhammad meninggal dunia sewaktu pulang dari menjalankan perniagaan di Syria.
·         Muhammad diberi nama oleh datuknya Abdul Muthalib di depan Kaabah sejurus selepas baginda dilahirkan.
·         Sejarah Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling jelas dan nyata di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi; sirahnya mengandungi sebelum kelahiran, semasa kelahiran, selepas kelahiran sehingga Nabi Muhammad s.a.w diangkat sebagai Nabi dan Rasul.
·         Baginda telah diberikan ilham mengenai kewafatannya, dan baginda memberikan pesanan terakhir kepada semua di Hajjatul Wada'.
·         Sewaktu kewafatan Baginda, ramai yang tidak percaya termasuklah sahabat-sahabat Baginda kecuali Syaidina Abu Bakar. Ramai yang huru-hara, ada yang lumpuh, ada sahabat yang menghunus pedang, dan ramai yang kelu tidak dapat berkata apa-apa.
·         Nabi Muhammad s.a.w. telah gering selama 10 hari sebelum wafat. Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. (Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)
·         Baginda telah meminta isteri-isteri baginda untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul. ( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )

Berdasarkan beberapa kitab dan beberapa hadis; ada diterangkan bagaimana rupanya Nabi Muhammad s.a.w; walau bagaimanapun, rupa sebenar junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tidaklah dapat diketahui secara jelas, kerana Islam bukanlah agama mengangkat dan obsesi kepada orang tetapi ia adalah agama tauhid. Ia adalah agama kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan wahyu (Al-Quran) dan dipertunjukkan menerusi sirah dan juga Sunnah Rasulullah.

Bagaimana rupa Nabi Muhammad s.a.w? Berdasarkan beberapa kitab - apresiasi oleh para sahabat nabi.

·         Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
·         Aku melihat cahaya dari lidahnya..
·         Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
·         Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·         Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·         Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·         Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
·         Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
·         Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·         Wajahnya seperti bulan purnama.
·         Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
·         Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
·         Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
·         Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·         Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
·         Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
·         Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
·         Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
·         Janggutnya penuh dan tebal menawan.
·         Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
·         Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·         Rambutnya sedikit ikal.
·         Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
·         Rambutnya terbelah di tengah.
·         Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
·         Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
·         Seimbang antara kedua bahunya.
·         Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
·         Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
·         Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
·         Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·         Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
·         Warna putihnya lebih banyak.
·         Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·         Warna kulitnya putih tapi sihat.
·         Kulitnya putih lagi bercahaya.
·         Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
·         Badannya tidak gemuk.
·         Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·         Perutnya tidak buncit.
·         Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Al-Quran Recitation (By Somaya Abdul Aziz Eddeb)



Monday, April 11, 2011

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah…


اللهم صلى وسلم وبارك على محمد وعلى أله وصحبه إلى يوم الدين

Ketahuilah wahai mawar mujahidah,

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Tahukah dikau mawarku?
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Mengertilah duhai mawar mujahidah,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Dan kini hai mawar,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?
Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Thursday, February 24, 2011

Aku terima akan nikahnya.....



(Thanx mr Noza Mohd Safar...4 d nice pic)

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumahtangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.
ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?
Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda. Kebanyakannya mungkin kerana desakan ibu bapa. Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.
Mungkin juga kerana peluang pelajaran tidak seluas mana bagi anak gadis di zaman dulu. Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.
Itu dulu..... Kalau hari ini, anak gadis mahupun teruna berkahwin cepat, apa sebabnya? Rasanya ramai bersetuju, senario berkahwin muda bukan lagi pemandangan biasa. Peluang pendidikan yang lebih meluas, bagi lelaki dan wanita, keinginan mengecapi kejayaan dalam kerjaya mengatasi kehidupan berumahtangga, mungkin antara sebab ramai generasi hari ini `kurang berminat’ berkahwin pada usia muda.
Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda.hihihi. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke?betol kottttt....
Apa kebaikan atau keburukan kahwin muda?

Apa kebaikannya berkahwin muda?...ehmmmm
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’
Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
  3. ..
apa pon tak kira la kawen muda ke apa ke..janji bahagia...
Rahsia kebahagiaan rumah tangga itu pelbagai, namun saya ingin kongsikan beberapa petua yang saya amik kat blog (saya lupa la blog aper..huhuhu) :
1) Solat berjemaah - kalau sempat bersama. tapi perlu cuba juga. Sibuk itu bukan alasan.
2) Pelukan erat - dikatakan akan memanjangkan usia kita dan juga perkahwinan. InsyaAllah.
3) Selalu ingat ibu bapa (kedua belah pihak) - syurga kan di bawah tapak kaki ibu.
4) Membayar zakat - insyaAllah...rezeki keluarga tidak akan putus walaupun hampir hujung bulan.
5) Suami adalah ketua keluarga walaupun bergaji kecil dari isteri - hormatilah keputusan beliau setelah berbincang mengenai sesuatu hal.
6) Cari waktu untuk meluahkan masalah hati ke hati - isteri ni perlukan tempat mengadu, dengan harapan suami akan mendengar. Suami tidak perlu bercakap apa-apa jika tidak perlu. Isteri cuma perlukan teman mendengar.
7) Elakkan berlaku curang....
8) Bagi yang panas baran...tidur di ketiak suami... - saya ada terbaca di satu majalah agama, isteri yang panas baran akan kurang barannya jika tidur di lengan / di ketiak suami...suami perlu selawat sambil menghembuskan ke ubun isteri dengan doa supaya hati isteri lembut sentiasa.
9) Jangan terlalu syak wasangka / terlalu cemburu - syaitan itu cukup suka kalau kita bergaduh...
10) Sentiasa lah berdoa akan kesejahteraan rumah tangga kita - supaya pasangan kita itu kekal dunia akhirat...InsyaAllah.

p/s:perlu selalu meminta nasihat dari orang yang lebih arif atau pun mendengar ceramah motivasi / agama kerana sebagai insan biasa, tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Jika anda mempunyai masalah dengan pasangan, jangan terus bercerita dengan orang luar, tidak berapa elok. Lebih baik berbincang dengan pasangan dan cuba selesaikan dahulu. Masalah itu perkara biasa, tetapi jika tidak ditangani, ia boleh merebak. Jika tidak dapat berbincang, barulah berjumpa dengan yang pakar.

Mudah-mudahan kita dapat berkongsi ilmu kerana ilmu itu milik Allah...kita ini cuma menyebarkannya sahaja...
*lupa kopi kat mana entry nih...ihihihih

Friday, February 11, 2011

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH





BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH...

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat


rahmatNya..... =)