Siapakah Muhammad s.a.w?
Baginda dilahirkan pada suboh
Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M), di Mekah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti
Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur
galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan
keempat puluh.
Baginda lahir sebagai anak yatim.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal
ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya yatim piatu. Menurut
tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat
atau lebih dikenali sebagai ibu susuan. Ibu susuan baginda ialah Halimahtus
Sa'adiah. Dan baginda dijaga dan dibesarkan oleh datuknya, Abdul Muthalib.
Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa
saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan
perdagangan ke Syam (Syria).
Baginda wafat juga pada Isnin, 12
Rabiulawal dalam umur 63 tahun, merangkumi 40 tahun sebelum menjadi nabi dan 23
tahun sebagai Nabi serta Rasulullah.
Anda mungkin tak tahu:
·
Nama Muhammad dicadangkan oleh Ibu Nabi - Aminah
berdasarkan ilham yang telah dikurniakan oleh Allah. Qustam ialah nama awal
yang ingin diberikan oleh Abdul Muthalib. Muhammad bermaksud terpuji dan ia
bukanlah nama yang lazim diberikan pada waktu itu.
·
Ayah Nabi Muhammad meninggal dunia sewaktu
pulang dari menjalankan perniagaan di Syria.
·
Muhammad diberi nama oleh datuknya Abdul
Muthalib di depan Kaabah sejurus selepas baginda dilahirkan.
·
Sejarah Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling
jelas dan nyata di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi; sirahnya mengandungi
sebelum kelahiran, semasa kelahiran, selepas kelahiran sehingga Nabi Muhammad
s.a.w diangkat sebagai Nabi dan Rasul.
·
Baginda telah diberikan ilham mengenai
kewafatannya, dan baginda memberikan pesanan terakhir kepada semua di Hajjatul
Wada'.
·
Sewaktu kewafatan Baginda, ramai yang tidak
percaya termasuklah sahabat-sahabat Baginda kecuali Syaidina Abu Bakar. Ramai
yang huru-hara, ada yang lumpuh, ada sahabat yang menghunus pedang, dan ramai
yang kelu tidak dapat berkata apa-apa.
·
Nabi Muhammad s.a.w. telah gering selama 10 hari
sebelum wafat. Baginda mula mengadu kurang sihat adalah semenjak tahun yang
ketujuh selepas pembukaan Khaybar, iaitu selepas memakan sepotong daging
kambing yang beracun yang diberikan oleh isteri Sallam Bin Mashkam yang
berbangsa Yahudi, walaupun baginda mengeluarkan semula dan tidak menelan daging
itu, racunnya masih berjaya memberi kesan. (Al-Bukhari, 8/131 Fath Al-Bari)
·
Baginda telah meminta isteri-isteri baginda
untuk merawatnya di rumah Aisyah dan anataranya adalah dengan mengusap
kesakitan itu dengan tangan baginda kerana keberkatannya dan dibacakan dua Qul.
( Al-Bukhari, 8/141 ; Ahmad, 21/226 )
Berdasarkan beberapa kitab dan
beberapa hadis; ada diterangkan bagaimana rupanya Nabi Muhammad s.a.w; walau
bagaimanapun, rupa sebenar junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tidaklah dapat
diketahui secara jelas, kerana Islam bukanlah agama mengangkat dan obsesi
kepada orang tetapi ia adalah agama tauhid. Ia adalah agama kepercayaan yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan wahyu (Al-Quran) dan dipertunjukkan
menerusi sirah dan juga Sunnah Rasulullah.
Bagaimana rupa Nabi
Muhammad s.a.w? Berdasarkan beberapa kitab - apresiasi oleh para sahabat nabi.
·
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak
Rasulullah.
·
Aku melihat cahaya dari lidahnya..
·
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah
kamu melihat matahari terbit.
·
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·
Aku belum pernah melihat lelaki setampan
Rasulullah.
·
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya
bercahaya spt bulan purnama.
·
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan
terpesona.
·
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung
kepada bulat.
·
Wajahnya seperti bulan purnama.
·
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah
ditengahnya.
·
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan
nampak semakin jelas semasa marah.
·
Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang
panjang.
·
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,
kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
·
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
·
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.
·
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar
dari giginya.
·
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
·
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan
cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
·
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·
Rambutnya sedikit ikal.
·
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal
telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
·
Rambutnya terbelah di tengah.
·
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu
garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
·
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas
bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
·
Seimbang antara kedua bahunya.
·
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya,
jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
·
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
·
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
·
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat
tapi campuran coklat dan putih.
·
Warna putihnya lebih banyak.
·
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·
Warna kulitnya putih tapi sihat.
·
Kulitnya putih lagi bercahaya.
·
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya
besar dan kukuh.
·
Badannya tidak gemuk.
·
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah,
kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·
Perutnya tidak buncit.
·
Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada
di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
No comments:
Post a Comment