nak beli buku ni lah....
macam best jugak...dah lama tak beli buku baru..
asyik ulang baca Koleksi Novel RAM ni je...
nak tambah koleksi buku yang aku ada...
Anak remaja ini
seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang
sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok
Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang
keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan
mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada
bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya
menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa
pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia
terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang
sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang
bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala
Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas
dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga
kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung
studio.
Bob Lokman akhirnya
terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi
pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina
nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan
namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup
bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian
demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa
hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia
sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang
dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai
dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan
Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang
Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati
berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob
Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan
hidayah ini.
No comments:
Post a Comment