(SEDUTAN NOVEL) AWAK SUKA SAYA
TAK? - Melur Jelita
Bab 27
"AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan....lebih manis....untuk kita yang
belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal
iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I
Love You."
-----------------------------------------------------------------------------
Bab 46
"Don't you ever disobey me! Jangan cabar I. You belum kenal I
siapa! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan
tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me
again!."
-----------------------------------------------------------------------------
Bab 32
Hilman mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya, sebentuk cincin.
" Cuba sarungkan…"
Aku ambil dan masukkan ke jari, muat.
" Cincin apa ini?"
" Cincin tunang kita."
Aku hampir tercekik.
‘ Hilman………mana boleh macam ini? Mak ayah saya tak tahu lagi. Ini cara
barat. Saya kurang setuju."
Hilman selamba je, sibuk memecahkan telur ke dalam mangkuk.
" Itu cincin tanda. Bagi saya macam tunang la. Tanda yang awak
sudah saya ikat. Yang lain – lain tu adat je. Yang ini antara kita berdua.
Pasal mak ayah awak, jangan risau. Nanti saya uruskan. Satu – satu . Banyak
sangat hal dan masalah yang berlaku."
Lega…..
Aku menghirup teh o panas perlahan – lahan. Hilman tersenyum ,
" Jangan risau…saya akan uruskan segalanya. Saya nak awak minta
cuti setahun dari pihak universiti selepas kita kahwin. Nak honeymoon selama
setahun."
Aku hampir tersemburrrrrrrr.
" Honeymoon setahun? Honeymoon apa tu? "
Hilman memandang aku pelik,
" Tak cukup ke setahun? Kalau macam tu hari – hari la kita
honeymoon……."
Aku dah tercekik, tersembur dan terbatuk – batuk. Cepat – cepat aku
tutup mulut dengan napkin. Tolong!
-----------------------------------------------------------------------------
Bab 35
" Awak suka saya tak? Saya hanya mendengarnya sekali ketika di
Masjid Wilayah dulu ..itu pun awak tarik balik."
" Saya tak pernah? "
" Ya…tak pernah. Hanya saya …kadang – kadang rasa malu, seperti
bertepuk sebelah tangan. Walaupun hidung saya mancung, tetapi tak best pipi
tersorong – sorong. Nasib baik, instinct saya kuat…Saya tahu awak suka saya
dari mula kita bertemu di KLCC…kemudian perasaan itu semakin subur dan
berkembang walau awak cuba menahannya…menafikannya."
Alamak! Hilman nak dengar ungkapan cinta dari mulut aku pula? Ini yang
aku lemah ni. Kalau bab bergaduh berperang boleh la. Hilman masih menanti. Aku
segan…lebih – lebih lagi mak ada. Walau pun mak sibuk dengan hal dia…tetapi aku
rasa tak sedap pula…rasa macam gatal dan tak hormat orang tua.
" Intan…I’m waiting. Masa berjalan…"
" Saya tak pernah ya?"
Aku ulang lagi. Hilman menggelengkan kepalanya.
" Bukan dah pernah?"
Geleng lagi.
" Sekali pun tak pernah?"
Geleng juga. Nampaknya Hilman tak mahu berkompromi. Aku menarik nafas
panjang,
" Nanti saya cakap bila tiba masanya."
‘ Inilah masanya."
Beratnya mulut…..aku berbisik.
" Saya suka awak."
" Sorry……"
Aku kuatkan sedikit suara tetapi tetap berhati – hati, malu kalau mak
dengar.
" Saya suka awak.’
" Itu saja? "
" Saya suka awak. Kagum dengan awak. Lelaki pertama dan terakhir
….."
Teruknya ayat aku..langsung tak boleh pakai. Kalau mengurat kuda, kuda
pun lari.
-----------------------------------------------------------------------------
Bab 38
Amber merenung aku sinis,
" Who said I tak dapat lelaki itu? You should pity yourself..dapat
sisa I."
" Bayangnya pun you tak dapat..sisa konon."
Amber gelak..sebiji macam tukang sihir dengan batang penyapu,
" Well..tak sangka…nampak macam tertutup tetapi berbaloikah
bertikam lidah kerana seorang Damien….yang terkenal dengan playboynya? "
" Ermm…I tak bertikam lidah, cuma melayan salakan seekor anjing cacat
yang confused gendernya ."
Amber berdiri,
"Well…I knew every inch of Damien. Di mana tahi lalatnya..di mana
parutnya. I yang putuskan hubungan dengan dia. Bukan dia yang tinggalkan I.
You’re just lucky…you dapat dia because I dumped him… "
Amber melangkah pergi dengan bersahaja,
" Amber darling…"
Aku memanggilnya, dia menoleh.
" Damien darling beritahu saya dia tinggalkan awak sebab awak ada
satu tahi lalat yang besar di sebelah kiri punggung awak…sebesar ibu jari, dah
la hitam , berbulu pula. Dia geli. " Aku mereka!
Amber berlalu pergi dengan pantas. Jahatnya mulut aku! Habislah Hilman
kena sembur dengan Amber!
Ha ha ha ha ha
-----------------------------------------------------------------------------
Sinopsis :
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American -
Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah
mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong
seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha
yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana
ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha
dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar
dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba
Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat
melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun
awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa
di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis.
Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik
Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you.
I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya
cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu.
Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh
menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien
sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling
bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan
sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan
cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian
sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan
Zulaikha
Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM35
Sabah / Sarawak :RM38
Nota Kakiku:tak beli lg..baru nk beli...hehehe..novel ni 'lahir' ditengah2 warga
yang minat pakwe korea..aku pon tergolong sama..kah kah kah..
2 comments:
Ada pak we Korea ka?
ekeke
nak tanya apa nama mak Intan dalam novel ni ye?
Post a Comment