welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Tuesday, January 3, 2012

Restu-Ismail Kassan


Novel RESTU ini diterbitkan pada tahun 1996 oleh Berita Publishing Sdn Bhd
novel ini terpilih sebagai pemenang kedua bagi Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang-Gapena
bagi aku, novel hasil tulisan Ismail Kassan ini sangat menyentuh perasaan dan mampu mengembalikan semangat kepada sesiapa yang membaca dan menghayati perjuangan watak utamanya..

RESTU
Restu mengungkap perjuangan watak utama iaitu Ikram dalam menempuh kehidupan yang penuh derita tetapi dihadapi dengan kesungguhan
Penderitaan dan kemiskinan bukan halangan tetapi merupakan motivasi atau penggerak kepada seluruh kekuatan, keimanan dan ketahanan fizikal atau lahiriah
Restu memaparkan perjuangan yang beriring air mata dan kecekalan sebelum mengecap kejayaan yang diidamkan
Novel ini mengisahkan Ikram, watak utama yang berpindah ke Kampung Penarik Hilir dan memulakan kehidupannya sebagai seorang anak kampung di situ
Apabila ayahnya meninggal dunia, kehidupan keluarga Ikram menjadi gelap
Yazid sebagai anak sulung terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga
Ikram yang masih kecil ketika itu terpaksa mengerah tulang empat keratnya untuk membantu Yazid mencari rezeki halal
Yazid membawa diri keluar dari kampung selepas dia difitnah menyerang dan memukul Tok Leman, ketua kampung walaupun bukan itu hakikatnya
Kehilangan Yazid menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga menjadi bertambah perit
Ikram dan Kamal adiknya tinggal di Penarik Hilir untuk mengusahakan tanah mereka
manakala emak pula mengikut suami baru berhijrah ke Mersing
Ikram terpaksa meninggalkan kampung halaman yang sangat dicintainya itu apabila undian lot tanah dibuat
lot tanah yang diusahakan selama bertahun-tahun terlepas ke tangan orang ini
semangat Ikram telah dibunuh oleh kertas undian kecil itu
Ikram berusaha keras dalam mengejar kecemerlangan akademik walaupun dihimpit kemiskinan
hasilnya Ikram kembali ke Kampung Penarik Hilir sebagai seorang A.D.O.
Percintaan Ikram dengan Hasnah, anak Tok Leman juga dilukiskan secara berseni
mengambil kira latar mereka sebagai anak kampung
walaupun terpisah apabila Ikram keluar dari kampung, Hasnah tetap setia menunggu Ikram
Antara ungkapan menarik dalam novel ni
Semasa Cikgu Maimunah ingin memberi bantuan PIBG kepada Ikram,
"Ikram, biar satu kampung ni menghina awak! Awak tak akan jadi hina! Tapi kalau awak sendiri menghina diri, awak akan menjadi hina! Lagipun awak bukan mencuri harta sesiapa!"
Babak yang aku suka dalam novel ni semasa Ikram pulang dari hospital lewat malam..sungguh menyentuh hati..sampai aku ulang membacanya,dan cuba ‘menjadi’ dirinya..
Kamal yang tinggal seorang diri di rumah menangis memanggil emak dan abang
Sesampai di rumah Ikram memasang pelita dan memasak bubur nasi
sambil makan bubur nasi yang cair dengan ikan masin bulu ayam, Ikram dan Kamal menangis tanpa suara
mereka menyedari betapa pedihnya kehidupan pada saat itu, namun segalanya mesti ditewaskan juga.

nota kaki::
1. novel yang membuat kan aku jatuh cinta dengan watak utama nya…IKRAM
2. kecekalan hati Ikram dan semangat dalam diri nya….membuat kan aku rasa nak jadi Hasnah@Zaleha..ihiihi


Ismail Kassan

Ismail dilahirkan di Johor Bahru pada 1954 dan berkelulusan Bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia 1978. Pernah mengikuti kursus International Trading di Bremen, Germany dari 1988-1990 dan ditawarkan mengikuti kursus Documentation adn Information Study di Marywood College, USA (1986). Mula berkhidmat sebagai Tutor Bidang Drama di Jabatan Pendidikan UKM 1976-1977, beliau kemudian berkhidmat di FELDA pada 1978 hingga bersara pilihan pada 1990 sewaktu menjawat jawatan Pengurus Kanan dan Ahli Exco Kanan Perbadanana Niaga FELDA. Beliau kemudian menjalankan perniagaan dan syarikat beliau dilantik sebagai Perunding Motivasi dan Semangat Berpasukan PERODUA sejak 1995 hingga 1997.

Beliau banyak menulis & mengarah teater sejak 1972. Beberapa karyanya memenangi hadiah antaranya, Pelayaran Inderaputera 2 (Tempat Pertama), Menanti Puteri Hijau (Tempat Pertama), Istiqamah (Tempat Pertama), Gelanggang Tok Wali (Pemenang Anugerah Sastera Perdana 2004), Kilung Musung (Pemenang Anugerah Sastera Perdana 2002), Bukan Dejavu dan Kembang Cempaka Sari.

Novel pertama beliau berjudul Restu telah memenangi Tempat Kedua Sayembara Menulis Novel anjuran GAPENA - Kumpulan Perangsang 1997. Novel tersebut kemudian terpilih sebagai Buku Teks Sastera untuk Tingkatan 4 & 5 mulai tahun 2001.

Beliau adalah Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TeMA). Beliau dilantik sebagai Panel Penasihat untuk persembahan di Istana Budaya dari 2000-2005 dan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Kebudayaan Islam Hadhari Kebangsaan oleh Jabatan Perdana Menteri (2006-2008).

11 comments:

TAAKUL (Berfikir dengan akal) said...

saya mencari novel restu..masih ada lg x

Unknown said...

Saya masih ingat akan monolog dalaman watak ikram.memang akan menitiskan airmata bila teringatkannya

Shah said...

Kat mana yea jual novel.saya teringin sgt2.sb ia membangkitkan semangat juang utk hidup dan berjaya

Unknown said...

Suka sgt novel ni..mmg byak kali ulang baca mase tingktan 5..teringat yg Ikra usahakan tanaman nenas..dgn perut laparnya. sian sgt

Unknown said...

Ia menjadi inspirasi hidupku.. Seakan2 menjadi perjalanan nafasku.. Aku ikraam..

Kak Yon said...

Sy pun mencari..klu ada tlg inform sy sekali ye

Kak Yon said...

Kt Mana ye nk cr..sy Suka sgt novel nie

Unknown said...

masih dlm simpanan novel ni. zaman skolah form 5 dulu minat sgt novel ni, ari last kne ntar buku smua, buku ni xntar..heh.. dah 17thun dlm simpanan.

bahrin bacho said...

sya msih ingt watak ikram ni..sehinggakan anak sulung sya sya namakn ikram...walau da 17 thun tinggalkan sekolah...novel ini tidak pernah lupa...sudah puas cari d kedai buku..tpi tidak ada...

Annabus said...

Sy masih ada buku ni. Sayang sgt2 dgn buku ni. Sy trjumpa dibawah meja masa masuk kelas baru. Hairan juga, Sek sy tiada sastera berkenaan dgn buku Restu, kebetulan tiada cop sekolah. Jd sy simpan. Prtama Kali baca, menangis. Smpai Ulang baca 2-3kali. Mmg best penulisan Ismail Kassan yg satu niđź‘Ť

iv said...

Kisah ikram yang betul2 menghayat hati walau dah bertahun tahun watak dan cerita nya masih segar di minda. karya yang patut di jadi teladan hidup..